
Aug 18, 2009
STACY ADALAH STACY, BUKAN AGNES MONICA
LIHATLAH FOTO DI ATAS, STACY TIDAK MALU DAN TIDAK MENUTUP MULUTNYA, MALAH MEMBUKA MULUT UNTUK MENUNJUKKAN BARISAN GIGINYA YANG BERTINDIH.DIA JENIS ORANG YANG MENGHARGAI CIPTAAN.Stacy adalah Stacy, janganlah hendak disamakan atau dibuat perbandingan dengan Agnes Monica. Siapa Agnes Monica? dan siapa pula Stacy? Agnes Monica adalah seorang penyanyi popular di Indonesia yang telah bertahun mengasah bakat dan berkecimpung dalam bidang nyanyian. Stacy pula bintang yang sedang naik dan tengah berkilau dipersada seni Malaysia dan baru setahun lebih di arena nyanyian. Jadi adilkah jika dia dibuat perbandingan dengan Agnes? Stacy sendiri pernah menyatakan dibeberapa buah majalah yang dia mahu terkenal atas bakat dirinya dan bukan dibayangi oleh mana-mana artis. namun begitu, walau Stacy baru setahun jagung, tetapi impak kehadirannya dipersada seni Malaysia bagaikan dah bertahun.Ya,sesungguhnya walaupun baru setahun lebih dipersada seni, bakat dan kemilau bintang Stacy sangat menyerlah. Beliau juga bukan seorang yang puas dengan yang ada. beliau masih lagi ingin belajar dan memajukan diri terutama memantapkan suara dan persembahan. Melagakan dan membezakan artis lain dengan Stacy adalah cara yang tidak baik dan kelak akan menimbulkan isu. Ini bukanlah sesuatu yang sihat. Biarlah Stacy dengan caranya dan diliganya sendiri,yang penting dia masih terus berusaha untuk maju, itu sudah cukup. Lainlah kalau dia ini jenis yang malas dan tidak mahu berusaha memantapkan vokal dan mutu persembahan. Ramai yang menyarankan Stacy belajar bahasa Inggeris. Stacy sebenarnya sedang dalam proses memantapkan bahasa tersebut dan bukan tidak tahu langsung. Kalau anda review balik setiap tugasan yang dia kena menyanyi lagu inggeris, dia tidak pernah dikomen tentang masalah sebutan ( pronunciation or diction ). Malah pelajar lain selalu ditegur kerana masalah sebutan walau pun mereka hanya sekali sahaja pernah mendapat tugasan lagu dalam bahasa Inggeris dan ada pelajar lain yang terselamat dari tugasan lagu Inggeris. Dalam sejarah AF 1-7 selalunya pelajar dapat tugasan dalam bahasa inggeris sekali sahaja, tetapi Stacy terpaksa mempersembahakan 3 buah lagu Inggeris sepanjang beliau berada di Akedemi. Mungkin sebab ramai yang baru kenal Stacy, maka mereka tidak tahu tentang ini semua. Tentang saranan memperbaiki gigi pula bukanlah perlu. Biarlah Stacy dan giginya menjadi identiti. Semasa dalam AF pun AC pernah bertanya apa yang seksi pada Stacy? dan jawab Stacy...Gigi. Jadi, perlukah kita hendak mengubah ketrampilan Stacy? Gigi itu mengkin gigi tuah. Perlu saya jelaskan disini, ada beberapa kes yang gigi menjadi punca kelebihan dan kekurangan suara kita. Sebagai contoh, orang yang giginya rongak atau rompong di hadapan, akan mempunyai suara yang pelik kerana bila bercakap, angin banyak keluar dan kadangkala ludah pula yang lebih. Penyanyi Ayu sendiri pernah disarankan untuk meratakan giginya, tetapi doktor menasihatkannya agar tidak melakukan itu kerana akan menjejaskan suaranya yang bagus itu.Di sini, bersempena tarikh sebenar hari lahir Stacy, saya sebagai Presiden Stacy's Angie frenz memohon agar semua peminatnya janganlah terlalu meminta banyak sangat dari Stacy sehingga dia keletihan, tension atau tidak tahu apa yang dia perlu buat kerana satu pihak hendak dia macam ini, dan ada pihak lain pula minta dia macam itu. Begitu juga dengan jadual Aktiviti Stacy, bukan semua kami boleh update dan paparkan. Sebagai contoh, ada beberapa Syarikat atau company tidak mahu majlis mereka diwar-warkan samada meraikan staff atau meraih kejayaan syarikat. Bayangkanlah kalau syarikat DHL hendak meraikan Staffnya tetapi kami umumkan di sini, lalu peminat menyerbu ke tempat tersebut pada hari dan masa yang kami berikan. Ada pula kerabat diraja menjemput Stacy sempena hari istimewa mereka dan sebagainya, sudah tentu kami tidak boleh siarkan. Oleh itu, jamganlah menyindir disebelah sana dengan ayat "KATA STACY BANYAK SHOW...TAPI DALAM JADUAL SIKIT SAJA?". Ini adalah contoh peminat yang tidak baik dan sebenarnya berpura-pura masuk minat tetapi menghentam secara halus. Kalau dia benar-benar minat, dia akan faham dan kalau tidak fahampun, diam sajalah atau bertanya, bukannya menyindir begitu.Ada yang mempertikaikan jadual yang kami letak diaktiviti Stacy. Sebagai contoh, tarikh pengembaraan di Jakarta lain dari tarikh sebenar. Perlu semua faham yang kadang jadual shooting bukan mesti tepat. Fikirlah secara logik, kadang terpulang pada keadaan hujan kah...ribut kah. Kalau pada tarikh tu ada Bom di jakarta, takkanlah mahu dibuat pada tarikh itu. Botom line nya....atau pokok pangkalnya, kita harus bersyukurlah segala ini telah disediakan oleh AJK dan orang yang tidak bergaji dan membuang lebih masa dalam hidup mereka untuk semua. Tuhanpun suka orang yang tahu bersyukur. Janganlah mempertikaikan sesuatu itu, kerana everything happen with reason. Kalau kita faham konsep ini, kita tidak akan bertanya, kerana secara automatik kita berfikir dalam cara yang wajar, sebagai contoh...'oh Stacy kena pergi cepat kot kerana dia tiba-tiba dapat show yang dengan bayaran yang lumayan di Brunei'. Ada pula yang kata kami ini lebih sudu dari kuah. Semestinya kami kena lebih...Tagline Stacy pun "ALAMAK TERLEBIH SUDAH". Haruslah kami lebih, dan kami bukan lebih tidak tentu pasal, kami dekat dan rapat dengan Stacy, maka kami lebih tahu tentang dia. Kalau anda peminat setia, mengaa harus mengugut kata nanti peminat Stacy lari baru tahu. Amboi!! siap ugut lagi. Sebenarnya, kalau peminat yang baik, mereka tidak mengugut begitu. Peminat artis ni semakin hari semakin bertambah tahu tak?. Kerana bila ada kanak-kanak membesar dan tahu erti lagu, mereka akan minat, jadi kiranya satu peminat pergi, beratus datang. Stacy bernaung di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn.Bhd, mereka tahu apa yang terbaik untuk Stacy dan Stacy pula jenis yang suka belajar dan memperbaiki diri. Kita kurang mahir dalam bidang hiburan ini, biar orang yang berpengalaman di Astro yang tahu selok belok hiburan yang memberi panduan pada Stacy, kita sokong dari sini pun sudah membuat Stacy gembira. Mereka dah merancang perjalanan dan aktiviti Stacy dan mereka memang berpengalaman mengendali artis-artis AF yang berjaya dan popular seperti Mawi dan Mila. Ada banyak contoh yang mereka bukan berdiam diri. sebagai contoh, sebaik kelaur dari AF, mereka masih menghantar Stacy ke kelas Vokal walaupun suara Stacy sudah bagus. mereka juga menghantar Stacy ke kelas tarian dengan cikgu Linda dan kelas lakonan. Single pula diatur satu demi satu keluarannya dan tidak dikeluarkan sekali semua. ini strategi, mereka hendak nama dan lagu Stacy berkumandang di corong radio dan tv dari masa ke semasa. Sebagai contoh, selepas 'AKU STACY', mereka menghantar 'GAGAP' di stesen-stesen radio dan mencalonkan di Muzik-muzik. setelah lagu tersebut sejuk, mereka hangatkan lagi radio dan tv dengan menghantar lagu 'PAKAI BUANG' dan kemudian lagu 'CERAH'.What's next? tentulah duet Stacy bersama Adam, tetapi janganlah mendesak, pihak Astro tahulah kerja mereka dan bila tarikh yang sesuai. Apa-apa pun terima kasih atas sokongan semua, saya tahu peminat Stacy setiap hari bertambah...kerana mereka menghargai bakatnya dan sikap merendah dirinya. -
gilak tau.. stacy lagi best dari agnes.. go go stacy..!
ReplyDelete